Saturday, June 30, 2012

PENGURUSAN POKOK CILI  MC 11 BAGI GROUND SEED DAN SPACE SEED SELEPAS 5 JUN 2012

30 Jun 2012. Data morfologi cili MC 11 seperti ketinggian pokok , diameter kanopi pokok dan saiz batang pokok mula di rekodkan mulai 29 Mei (hari ke 51 selepas di semai). Sehingga hari ini, perbezaan di antara cili  "space seed"  dan  "ground seed" tidak ketara perbezaan moforloginya. Begetu juga dengan ciri reproduktifnya seperti tarikh mula berbunga dan berbuah yang sama masanya. Kerja-kerja pengurusan seperti merumput, pemangkasan tunas air, penyiraman dan pemberian baja masih diteruskan dari masa ke semasa mengikut jadual  "SOP" tanaman cili MC 11.

Plot A
Plot B



 Tumbesaran plot A dan plot B kelihatan setara ciri morfologi dan reproduktif.



Murid memasangb tali sokongan pada batang pokok cili.

Penggunaan angkup vernier bagi ukuran diamater batang.

Add caption

Ukuran  ketinggian pokok
Saiz buah pada hari ke 73 selepas penyemaian.








Wednesday, June 6, 2012

PEMBUAHAN MC 11 DAN PEMBINAAN PENGADANG PLASTIK DI ANTARA PLOT GROUND SEED CONTROL DAN PLOT SPACE SEED MC 11

5 Jun, 2012.. Pembinaan pangadang plastik di antara dua plot (Ground Seed dan Space Seed) bagi mengawal pendebungaan silang di antara bunga-bunga di plot ground seed dan dengan bunga-bunga di plot space seed telah dibuat pada 30 Mei. Putik buah mula keluar selepas pokok berumur 58 hari dari di semai.

Plot ground seed dan pengadang plastik

Plot space seed dan pengadang plastik
Putik buah kelihatan pada pokok berumur 58 hari
( 5 Jun 2012)

Putik buah kelihatan pada pokok lain.