Friday, February 10, 2012

Salam Pengenalan

Dulu lain, sekarang lain. Dulu sekolah... sekarang kolej. Dulu tulis atas kertas ....sekarang laman blog.. Walaupun dah lama orang guna tetapi masih belum ketinggalan. Itulah TRANSFORMASI.....
Hari ini bermula kursus pembinaan blog. tenaga pengajar bekas anak murid Saudara Nasir Mukhriz bin Abd. Rahman. Dulu mengajar anak murid, sekarang murid jadi guru. Yang penting adalah ilmu. Menuntut ilmu adalah kewajiban kepada semua, tidak kira tua atau muda tenaga pengajarnya.. Pastinya ilmu yang memberi manafaat kepada kita dan masyarakat. Barulah hidup ini berkat.

Peserta khusyuk mendengar  taklimat bengkel ........

Dalam masa dan hari yang sama warga kolej vokasional DLM terlibat dalam majlis konsolidasi transformasi pendidikan vokasional zon selatan siri 2  di UTHO, Batu Pahat yang dirasmikan oleh timbalan menteri pelajaran 2, YB Dr. Haji Puad bin Zarkashi. Informasi dasar-dasar KPM dalam transformasi pendidikan vokasional dibentangkan  dan diakhiri dengan sesi dialog.

Peserta mengambil tempat dalam majlis ........

Pada 3 hb Feb, hari Jumaat telah diadakan program perjumpaan tiga penjuru di Kolej Vokasional DLM.
Sambutan menggalakkan di kalangan ibu bapa yang datang berdialog dengan tenaga pengajar bidang sains dan matematik. Pihak kolej sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan usaha itu akan menjadi lebih berkesan dengan kerjasama dari ibu bapa.


Jam 4.30 petang, ibu bapa masih ramai lagi menunggu.............