Thursday, May 31, 2012

PEMANGKASAN TUNAS AIR DAN
 PERKEMBANGAN  BUNGA MC 11

31 Mei 2012. Putik bunga keluar kali pertama bagi ke dua-dua plot pada hari ke 51 (29 Mei, 2012) dan bunga MC 11 mula kembang punuh  hari ke 53.. Pembuangan tunas air mula dibuat pada semua pokok
MC 11 pada hari ke 53 ( agak lewat dari sepatutnya) 

Putik bunga pertama

Bunga kembang penuh Space Seed

Ground Seed

Pembuangan tunas air
Selepas tunas air dibuang.
    
                                             

PERTUMBUHAN MC 11 PADA HARI KE 51

29 Mei 2012. Pokok cili MC 11 mula berputik pada hari ke 51. Cili diberi sokongan pagaran pada hari ke 46 di mana sebelum diberi sokongan banyak pokok cili yang rebah akibat hujan dan tiupan angin.

Cili MC 11 rebah akibat hujan lebat dan angin

Murid segera membina sokongan cili

Murid-murid bersama mengikat pokok MC 11
 pada tali sokongan

Murid membersihkan kawasan penanaman

Pokok MC 11 kembali tumbuh tegak selepas 3 hari 

MC 11 Ground Seed mengeluarkan putik pada hari ke 51
MC 11 Space Seed turut mengeluarkan putik pada hari ke 51





Wednesday, May 30, 2012

                                       PERTUMBUHAN MC 11 HARI KE 43

21 Mei, 2012. Cili MC 11 masuk hari ke 9 selepas diubah dari kotak semaian. Data pertumbuhan pokok mula direkodkan. Kawalan perosak menggunakan repelen organik bagi mengawal perosak seperti thrip. Baja NPK hijau turut diberi secara foliar kepada pokok dengan mencampurkannya bersama  repelen organik.



Guru memastikan data yang diambil adalah tepat.

Pekerja kontraktor pembersihan membantu dalam kerja
 kawalan perosak.

Pokok cili MC 11 selepas diubah pada hari ke 9

Sunday, May 13, 2012

MENGUBAH MC 11 HARI KE 34

12 Mei, 2012, kerja mengubah anak benih MC 11telah dilaksanakan pada awal pagi. Semburan racun kulat sebagai langkah pencegahan  serangan kulat telah dilakukan oleh guru.
Murid sedang mengubah anak pokok MC 11 dari
kotak semaian ke polibeg
Semburan racun kulat oleh guru pada MC 11

Guru turut mebantu kerja mengubah anak pokok MC 11


MC 11' Ground Seeds' dalam polibeg

MC 11 'Space Seeds' setelah diubah ke polibeg






    


PEMBESARAN MC 11 PADA  HARI KE 29

7 Mei, 2012, kelihatan ketinggian anak pokok cili MC 11 melebihi ketinggian " marker pen". Kerja penyediaan medium penanaman dalam polibeg mula dilaksanakan di dalam struktur rumah kalis serangga.



Anak pokok cili 'ground seeds'
Anak pokok cili 'space seeds'
Murid-murid sedang menyusun polibeg mengikut jarak penanaman.



Wednesday, May 2, 2012

PEMBESARAN ANAK BENIH  MC 11 PADA HARI KE 22

30 April 2012. Bilangan anak benih MC 11 (Eksperimen) yang tumbuh sebanyak 46 pokok dan bilangan anak benih MC 11 (Kawalan) pula tumbuh sebanyak 45 pokok. Tumbesaran anak pokok bagi kedua-dua kelihatan tiada perbezaan. 

CILI MC 11 PLOT A HARI KE 22 ( 30 APRIL 2012)

CILI MC 11 PLOT B HARI KE 22 ( 30 APRIL 2012)
PEMBESARAN ANAK POKOK MC 11 PADA HARI KE 14

18 April 2012, anak benih cili MC 11 telah dipindahkan dari makmal biologi keluar ke nurseri di luar makmal. 

Pemasangan jaring kalis serangga dan kalis hujan oleh pelajar
 pada kerangka besi semaian.

Rumah semaian mini yang telah siap dibina oleh pelajar.
Anak benih dipindah ke rumah semaian
mini pada hari ke 10 (18 April)











Anak pokok "Space seeds" pada hari ke 14
(22 April) 
Anak pokok "Ground seeds" pada hari ke 14
(22 April)