Saturday, April 21, 2012


KRONOLOGI "SPACE SEEDS COMPETITION" 

DI KVDLM REMBAU


PENYERAHAN BIJI BENIH MC 11
03 April 2012, Majlis Penyerahan Biji Benih MC 11 dan Bengkel Penggunaan Laman Web "Space Seeds Competition" di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 52 sekolah terlibat dalam pertandingan ini. Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau adalah satu-satunya sekolah di bawah seliaan BPTV yang menyertai pertandingan ini. 


"Space Seeds" dan "Ground Seeds" dipek oleh MARDI



Penyerahan sebanyak 50 biji benih MC 11
 "Ground Seeds" dan 50 biji benih "Space Seeds"
 oleh Timbalan Pengarah Agensi Angkasa Negara,
 Dr. Noordin bin Ahmad kepada 
Guru Kanan  Sains dan Matematik KVDLM,
 Pn. Sadiah binti Saalan. Turut mengiringi 
Tuan Timbalan Pengarah ialah
 En. Anandan Kaniappan wakil dari  KPM.





PENYEMAIAN BIJI BENIH MC 11
09 April 2012, Taklimat pertandingan dan penyemaian biji benih  di makmal biologi  KVDLM, Rembau.
Seramai 20 orang pelajar dan 4 orang guru terlibat dalam pertandingan ini. Taklimat pertandingan diadakan pada waktu pagi dan peneyemaian biji benih telah dilaksanakan pada waktu petang. Kertas kerja penyelidikan projek  turut diperbincangkan sebelum dihantar melalui laman web pada 10 April 2012




Penyediaan medium semaian "peat grow" ke 
dulang semaian berbilang sel. 
Penyemaian biji benih oleh pelajar KVDLM
Biji benih yang telah disemai sebelum 
dikambus lapisan nipis "peat grow" 




PERCAMBAHAN BIJI BENIH ( HARI KE 7)
15 APRIL 2012, Biji benih MC 11 ( Space Seeds dan Ground Seeds)  mula bercambah pada hari yang sama..  Bilangan percambahan biji benih MC 11 'Ground Seeds" lebih banyak berbanding biji benih MC 11 ' Space Seeds".

Biji benih MC 11 mula bercambah

Plot A- MC 11 (Eksperimen),  bilangan bercambah
 kurang di peringkat awal.



Plot B - MC 11 (Kawalan), bilangan bercambah
 lebih banyak di peringkat awal.